Dia biasa-biasa sahaja .seorang remaja seperti aku .Cuma dia ‘Istimewa’ dalam pelbagai cara
BAGAIMANA?
Tiap kali panggilan azan berkumandang mata aku tak lepas dari dia ,aku hairan dari mana kekuatannya menongkah nafsu?aku tak kenal dia banyak tapi hati aku sangat tersentuh.SUBUH sedang orang kesejukan lena diselimuti mimpi dia bersusah ke Masjid,ASAR ketika bahang matahari mencengkam kuat dia redah saja biar berpeluh basah......bagaimana?kamu tahu dia BERKERUSI RODA!Ya berkerusi roda.
Satu maghrib ketika aku duduk disalah satu tiang diluar melepas lelah yang tak seberapa(maklumlah tak kuat ibadat) mata aku menangkap susuknya disebelah,tersenyum dan menghulur salam hendak keluar berangkali.Dia mengheret badan,mengensot ke kerusi rodanya.Ya Allah ,aku terbisu mengingatkan tiap waktu yang dia lalui.
KEKUATAN
Suatu petang di masjid,terlihat dia sedang duduk aku tergerak untuk menegurnya. ‘Ramai lagi yang rajin pergi masjid selain dari aku tapi orang tak nampak ,Allah ‘menutupi mereka’ ha,itu yang lagi best’ balas dia terhadap pujian aku tentang kesanggupannya berjamaah dalam keadaan sedemikian rupa.Terdiam sebentar aku.
CINTA DAN TEKAD
Aku kira itulah jawapannya,dia lebih suka berseorangan,berdampingan dengan ‘cintanya’kekuatan apa yang lebih baik?tiada aku kira.biar apa kata orang,biar susah diri,biar penat atau tidak selesa cintanya tak pernah sirna dia memahami realiti cinta.Sedang aku?sedang kita?.
P/S:kebelakangan ini pelajar agama sendiri seolah kurang mujahadah hmmm .......oh ya, Adam pelajar human science di UIA.
0 comments:
Post a Comment