"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu tuturkan yang tidak kamu laksanakan? Amat besar kemurkaan Allah atas apa-apa yang kamu katakan tetapi tidak kamu lakukan..." (As-Shaff: 2)
Saya diam dan kaku.Tak mampu menulis dan memberi alasan .Saya duduk,diam dan berfikir di mana tujuan dan erti pada setiap coretan ?.
PRINSIP
Saya sangat percaya kepada prinsip dalam menulis,saya tidak menulis melainkan ianya kesinambungan dari peribadi saya.Saya risau cakap tak serupa bikin.Penulis sepatutnya demikian seorang "Islam" (atau bukan) seharusnya jelas dengan arah penulisannya.Saya menulis kerana sebab yang klise (dakwah dan minat) tetapi sekurang-kurangnya saya jelas dan terarah, kerana itu kadangkala saya tidak menulis dalam tempoh yang lama kerana risau penulisan jadi sekadar penulisan ,kosong dengan makna dan tujuan.Saya berlepas diri dari perkara sedemikian.
CELARU
Dunia kita hari ini dihujam dengan fitnah,dari arah lokal dan global ,bersumber dari mereka yang berlagak ilmuwan.So-called-Islamic-blogger sekalipun menari mengikut rentah fitnah.Entahlah,saya tak faham mengapa.Baru-baru ini saya mendengar berita dari ustaz A (saya bertalaqqi dengannya) menceritakan
ada seorang (sebenarnya berpuluh orang mungkin beratus) menulis di dalam blognya seorang menteri besar negeri F berzina dengan ibunya! nauzubillah.(sambil mengeleng kepala,mengurut dada menahan marah).Fitnahnya berat sekali.Berita ini satu hal dan mereka blogger-blogger yang copy paste berita tersebut, tanpa lebih dulu menyelidik menyebarkannya secara semberono hal yang sangat menyakitkan hati saya.Tanpa bukti mereka mengatakan orang itu berzina ,bukannya mereka menulis hanya copy paste,bila disoal tentang bukti mereka berlepas tangan menuding jari kononnya orang lain yang menulis??!! astaghfirullah... (mengurut dada menahan marah lagi sekali) layak kena hukum qazaf mereka-mereka ini.
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".(Al-Hujurat:6)
TANGGUNGAN
Penulis-penulis mempunyai tanggungan agama dan sosial mereka perlu amanah dan sedar dengan penulisan .Mengapa hendak menulis?mengejar follower ?iklan bertindih?populariti?(saya tak kata salah ye, sendiri fikirlah).Penulis lebih perlu membaca dari menulis,lebih berfikir dan mencerna pendapat,demikian adat penulis yang menjadi benteng agama dan negara serta bangsa.Biarlah penulisan kita menjadi pemangkin perubahan sebaiknya jika dakwah menjadi tujuannya. Adakah tinta kita dicemari dengan dosa?persoalkan itu pada diri..
p/s:cendawan-cendawan blog fitnah makin banyak astagfirullah~
0 comments:
Post a Comment