Bahagian

Monday, November 29, 2010

DIA ADAM


Dia biasa-biasa sahaja .seorang remaja seperti aku .Cuma dia ‘Istimewa’ dalam pelbagai cara

BAGAIMANA?

Tiap kali panggilan azan berkumandang mata aku tak lepas dari dia ,aku hairan dari mana kekuatannya menongkah nafsu?aku tak kenal dia banyak tapi hati aku sangat tersentuh.SUBUH sedang orang kesejukan lena diselimuti mimpi dia bersusah ke Masjid,ASAR ketika bahang matahari mencengkam kuat dia redah saja biar berpeluh basah......bagaimana?kamu tahu dia BERKERUSI RODA!Ya berkerusi roda.
Satu maghrib ketika aku duduk disalah satu tiang diluar melepas lelah yang tak seberapa(maklumlah tak kuat ibadat) mata aku menangkap susuknya disebelah,tersenyum dan menghulur salam hendak keluar berangkali.Dia mengheret  badan,mengensot  ke kerusi rodanya.Ya Allah ,aku  terbisu mengingatkan tiap waktu yang dia lalui.

KEKUATAN

Suatu petang di masjid,terlihat dia sedang duduk aku tergerak untuk menegurnya.  ‘Ramai lagi yang rajin pergi masjid selain dari aku tapi orang tak nampak ,Allah ‘menutupi mereka’ ha,itu yang lagi best’ balas dia terhadap pujian aku tentang kesanggupannya berjamaah dalam keadaan sedemikian rupa.Terdiam sebentar aku.

CINTA DAN TEKAD

Aku kira itulah jawapannya,dia lebih suka berseorangan,berdampingan dengan ‘cintanya’kekuatan apa yang lebih baik?tiada aku kira.biar apa kata orang,biar susah diri,biar penat atau tidak selesa cintanya tak pernah sirna dia memahami realiti cinta.Sedang aku?sedang kita?.

P/S:kebelakangan ini pelajar agama sendiri seolah kurang mujahadah  hmmm .......oh ya, Adam pelajar human science di UIA.

Sunday, November 7, 2010

RINDU ITU DATANG

Aku rindu dengan tanah Yaman bukanlah sangat kerana tanah Yaman itu sendiri tapi dengan rasa damai beribadat,jauh dari nifaqku sendiri

Di rumah Duta Malaysia ke Yaman

Dari awal tanah Yaman jiwa menjejak Sanaa` kudatari ilmu hingga kejalan kerdil Hail ,


Mencari lipatan sejarah Raja Abrahah si Najashi  di Babul Yaman,


Mendalami  ertinya di balik Jami’ Kabir yang terus menuju tanah Haram  di balik gunung sana,


Kerana wasilah Saidina Ali khabarnya,


Mengenal erti budi di jalan Diari mengenal erti berdikari di shari’ Hadah,


Aku akhiri perjalananan ini di matar qadim yang kesemuanya umpama mimpi, 


Dan telah berdamping mimpi ini sebahagian dari jiwa kerdil ini yang terus mencari makna muktamad

SENDIRI




Dalam senandung sedih malam meski ditekan harus ada tabah,
dimana makna pada ramai andai hati tidak bebas,
asing memberi satu makna manis,
harus sahaja pegangan dibiar jangan bebas namun fikiran dibiar luas,
mencari erti dalam kesedihan dibelakang DIA itu sia-sia,
tak tamat jalan ini dengan kata dan cerca,
kerana kita hamba yang mengintai rindunya dibayang nista,
gerun apa kita pada sendiri? andai beramai hanya menghanyut jauh,
tersurat para asing itu menongkah sungai fasad,
mengertilah tidak bersendiri kita dalam bersendiri,
lewat kisah mereka kita kejabkan pegangan,
arah ini tak disogok selesa,
luaskan perjuangan ini sepanjang jalan sementara,
agar beredar kita dengan erti pada agama.

Wednesday, November 3, 2010

MASIH BELUM BERSEDIA?



Jatuh dan bangun .sedar dan mimpi itu adatlah kawan.perlu kau biasa-biasakan,

Eh mimpi semalam masih lagi enak dan lekat nampaknya?,

Berdiri atau bangun duduk atau baring ia tetap datang,

tak percaya?MUDAH! biarkan saja kau lihat kenyataan itu hadir menamparmu

sirna atau tinggikah engkau?pada mata siapa?nilai siapa?

Tuhan?

Manusia?

Harta?

Fesyen?

Skill gerekmu?

Kawan, hidup ini keletihan kata As-Syafie namun keletihan mana yang kau rasakan?

berusaha menanggung mujahadah ?

Atau nafsu serakah tak berpenghujung?

Satu hujungnya nikmat yang kedua hujungnya?hanya celaka kawanku hanya celaka

Apa?sudah habiskah bebelan?coretan sudah tamat?

Tidak kawanku tidak sama ada kau sedia atau tidak

Ia akan datang

aku memperingatimu dengan kasih dan  moganya juga dengan iman

percubaan pertama

assalamualaikum ,salam sejahtera

BLOG,
mungkin satu trend atau kebiasaan (boleh saja aku katakan kegilaan baru?)
tak banyak yang ingin aku coretkan dalam 'hasil' yang pertama ini aku melihatnya lebih sekadar satu percubaan ,satu medium yang ingin aku selusuri .

TAJUK
fikir-coret mudah rasanya maksud disebalik tajuk blog ni.Sejelasnya aku hanya cuba berfikir dan meluah serta mencoret apa yang terlintas sebagai nasihat dan pembaikan kepada diri terutamanya

BAHASA
Luas,itu yang aku pilih ,mungkin saja kadangkala sempoi,serius,gila,sastera aku tidak terhad pada satu budaya bahasa ,yang penting adalah PEMIKIRAN aku disampaikan buat sekadar satu muhasabah atau tambahan boleh juga jika ingin mengutuk .

...................................


cuma berharap dapat aku menyumbang ,dapat aku menyelusuri diri insyallah aku cuba


SATU PERCUBAAN.................................