Bahagian

Wednesday, December 29, 2010

PERSEMBAHAN (main-main)

Baru-baru ini saya dan rakan-rakan diarahakan oleh Dr.Abdul Aziz untuk membuat persembahan dengan berbahasa arab dan ini sebahagian dari gambar semasa aktiviti (nak menolak nanti ustaz kecil hati,demi memuliakan ustaz gasak sajalah).





Kes obses kamera
 
Sesi kontrol macho

dari kiri Salami,Muqsit,Nabil,Anas,Firdaus,Penulis,Afiq,Musa

Kucing:apakah salahku???ohhhh~

sesi bajet alim


 *Boleh pula lupa lirik waktu persembahan ah nasib badan
**Siapa kata menjadi orang yang beragama tidak seronok?lihat saja kami.
***ukhwah adalah keseronokan dunia yang dihalalkan dan menjadi Islam tak seperti mana yang ramai fikirkan


Tuesday, December 21, 2010

SENI ITU PEMIKIRAN

karya peribadi
karya peribadi

Saya mencintai seni,baik dalam bentuk penulisan kreatif,lukisan,ukiran saya menanggapi kesemuanya dengan penuh hormat,meladeni maksud pengkarya itu penghormatan yang sebenar terhadap mereka.Seni adalah jalan pemikiran,cerminan budaya.Seni menanda aras ketinggian peradaban dan bayangan dalam mengungkap tahap kemanusiaan kita.Insyallah saya berniat untuk memperinci isu ini di kali yang lain.

GAMBAR 006
saya gemar ini ,juga karya peribadi

















*Suka juga saya akan ungkapan sasterawan terkenal Indonesia Pramoedya Ananta Toer "keindahan itu terletak pada kemanusiaan,yaitu perjuangan untuk kemanusiaan,pembebasan terhadap penindasan.Jadi keindahan itu terletak pada kemurniaan kemanusiaan,bukan dalam mengutak-atik bahasa" .Sastera yang berdiri dengan nilai ,berfungsi bukan ber-fancy.


*Menulis di waktu malam benar-benar membuat saya terbuntu mati,ah pemalas.

*Oh,saya bukan SASTERAWAN mahupun SENIMAN tapi saya mencintai keduanya dan sudah tentunya berpandu kerangka agama

Tuesday, December 14, 2010

KITA SAMA SAJA

"kau lain Sufi kau dijaga,terpelihara" borak sahabatku yang entah dari mana dia mendapat anggapan sedemikian.Saya diam.Bukan setuju ,bukan juga menolak

 KEADAAN

Alhamdulillah saya dilahirkan dalam keluarga yang mengambil berat tentang perihal akhlak tetapi kami bukannya satu keluarga yang 'Islamik', kalau boleh diistilahkan saya mungkin lebih suka memilih istilah 'melayu progresif' ,melayu yang kuat dengan akar tradisi melayunya dan berkenalan pula dengan dunia kontemporari .Keluarga sahabat saya itu lebih Islamik barangkali.Tetapi saya berkudrat,mampu berfikir. Menujukan alasan dan kesalahan kepada keadaan dan orang lain bukannya cara saya (baca: bukannya cara saya KINI). Saya juga ada perihal lampau,dan saya menyesalinya saya juga pernah terjatuh,terlupa dan lalai tapi itu bukannya alasan untuk terus diam dan membatu.Kita sama saja sebenarnya yang membezakan cuma cara kita berfikir dan mungkin matlamat yang membezakan.

JELASKAN PEMIKIRANMU 

Tetapkan hala dan pandangan,dimana hujungnya dengan tindakan yang sedemikian itu, begin with the end in mind menjadi mutiara kata yang sangat berharga bagi saya.Akhirnya sebagai seorang Muslim ketenangan dan kerehatan dalam cinta Ilahi itulah yang menjadi destinasi terakhir.Kalau tekad dah dibulat apa lagi  yang menghalang?

 p/s: Jalan kita masih panjang kawan




Wednesday, December 8, 2010

Dakwah Muharram

*entri ini menggunakan kata ganti diri saya agar nampak lebih matang*

Alhamduillah Isnin yang lepas saya sempat meluangkan masa untuk menonton telemovie Dakwah Muharam
 garapan sutradara Erma Fatima ,banyak polemik dan isu yang dimainkan dan saya kira ianya satu wacana yang berjaya membuatkan kita berfikir.Antara isu yang diketengahkan :-

 1.fleksibiliti dakwah: Sulaiman lulusan dakwah usuluddin dari Universiti Al-Azhar menyertai kegiatan muzik adiknya Rizwan atas nama dakwah,(secara ringkas muzik merupakan sesuatu yang mubah atau harus dari pandangan Dr Yusuf Al Qaradawi dan disokong oleh Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Al-Mufassal mengikut syarat dan keadaannya ) namun apa yang menjadi kekurangan disini adalah lagu yang disampaikan 'Ustaz Ismail' kurang sesuai dengan norma2 Islam menjadikan keadaan itu seolah canggung dan tak kena tempat?perincian seperti ini penting dalam karya-karya dakwah


2.Presepsi:"Apa ada pada imej?" kata Sulaiman
"Jubah itu hanya pakaian apa yang lebih utama yang didalam hati" dialog haji                       Darus bersama isterinya.Ianya satu kenyataan yang cukup jelas dan kuat 
menyatakan kepentingan dakwah mengatasi presepi bukan nama yang dicari tapi redhanya menjadi matlamat.Namun apa yang membuatkan saya sedikit  kecewa adalah kata Ustaz Sulaiman "dakwah bukannya dengan hukum sahaja" prinsip matlamat tak menghalalkan cara adalah cukup jelas dalam Islam biarlah fleksibel dalam kerangka Islam sahaja, dalam ijtihad dan nas.

3.Karenah Birokrasi:Islam datang dengan metodologi yang mudah ,berkesan dan sesuai dengan tabiat manusia kanun2 wadhe'i kadangkala menyukarkan keadaan ,namun saya juga setuju dengan pandangan Syuhada lakonan Faoziah ghous ,kita perlu memahami permasalahan birokrasi itu sendiri,sebab dan persoalan perlunya birokrasi bukan mengkritik melulu.

4.Politik:Islam mempunyai segmen dan tatacara siasahnya yang tersendiri justeru saya sangat setuju dengan kata-kata Ustaz Sulaiman Islam tak perlu dipolitikkan (baca: menjadi alat politik) dalam apa cara ,oleh sesiapa sekalipun ,jangan salah faham saya tidak mengatakan soal siasah tiada dalam Islam .

Walaupun disana ada beberapa kelemahan didalam dialog dan scene yang tidak kena tempatnya namun secara keseluruhannya karya sutradara Erma Fatima ini patut dipuji dalam usahanya mengetengahkan genre dakwah dan Islam.Saya berharap dalam masa yang mendatang karya-karya seperti ini terus diperhebat dan diperkemas agar dakwah dan Islam tidak lagi menjadi satu yang lekeh .

 Assalamualaikum........................................

P/s:-Nak jadi Insan yang baru

Monday, November 29, 2010

DIA ADAM


Dia biasa-biasa sahaja .seorang remaja seperti aku .Cuma dia ‘Istimewa’ dalam pelbagai cara

BAGAIMANA?

Tiap kali panggilan azan berkumandang mata aku tak lepas dari dia ,aku hairan dari mana kekuatannya menongkah nafsu?aku tak kenal dia banyak tapi hati aku sangat tersentuh.SUBUH sedang orang kesejukan lena diselimuti mimpi dia bersusah ke Masjid,ASAR ketika bahang matahari mencengkam kuat dia redah saja biar berpeluh basah......bagaimana?kamu tahu dia BERKERUSI RODA!Ya berkerusi roda.
Satu maghrib ketika aku duduk disalah satu tiang diluar melepas lelah yang tak seberapa(maklumlah tak kuat ibadat) mata aku menangkap susuknya disebelah,tersenyum dan menghulur salam hendak keluar berangkali.Dia mengheret  badan,mengensot  ke kerusi rodanya.Ya Allah ,aku  terbisu mengingatkan tiap waktu yang dia lalui.

KEKUATAN

Suatu petang di masjid,terlihat dia sedang duduk aku tergerak untuk menegurnya.  ‘Ramai lagi yang rajin pergi masjid selain dari aku tapi orang tak nampak ,Allah ‘menutupi mereka’ ha,itu yang lagi best’ balas dia terhadap pujian aku tentang kesanggupannya berjamaah dalam keadaan sedemikian rupa.Terdiam sebentar aku.

CINTA DAN TEKAD

Aku kira itulah jawapannya,dia lebih suka berseorangan,berdampingan dengan ‘cintanya’kekuatan apa yang lebih baik?tiada aku kira.biar apa kata orang,biar susah diri,biar penat atau tidak selesa cintanya tak pernah sirna dia memahami realiti cinta.Sedang aku?sedang kita?.

P/S:kebelakangan ini pelajar agama sendiri seolah kurang mujahadah  hmmm .......oh ya, Adam pelajar human science di UIA.

Sunday, November 7, 2010

RINDU ITU DATANG

Aku rindu dengan tanah Yaman bukanlah sangat kerana tanah Yaman itu sendiri tapi dengan rasa damai beribadat,jauh dari nifaqku sendiri

Di rumah Duta Malaysia ke Yaman

Dari awal tanah Yaman jiwa menjejak Sanaa` kudatari ilmu hingga kejalan kerdil Hail ,


Mencari lipatan sejarah Raja Abrahah si Najashi  di Babul Yaman,


Mendalami  ertinya di balik Jami’ Kabir yang terus menuju tanah Haram  di balik gunung sana,


Kerana wasilah Saidina Ali khabarnya,


Mengenal erti budi di jalan Diari mengenal erti berdikari di shari’ Hadah,


Aku akhiri perjalananan ini di matar qadim yang kesemuanya umpama mimpi, 


Dan telah berdamping mimpi ini sebahagian dari jiwa kerdil ini yang terus mencari makna muktamad

SENDIRI




Dalam senandung sedih malam meski ditekan harus ada tabah,
dimana makna pada ramai andai hati tidak bebas,
asing memberi satu makna manis,
harus sahaja pegangan dibiar jangan bebas namun fikiran dibiar luas,
mencari erti dalam kesedihan dibelakang DIA itu sia-sia,
tak tamat jalan ini dengan kata dan cerca,
kerana kita hamba yang mengintai rindunya dibayang nista,
gerun apa kita pada sendiri? andai beramai hanya menghanyut jauh,
tersurat para asing itu menongkah sungai fasad,
mengertilah tidak bersendiri kita dalam bersendiri,
lewat kisah mereka kita kejabkan pegangan,
arah ini tak disogok selesa,
luaskan perjuangan ini sepanjang jalan sementara,
agar beredar kita dengan erti pada agama.

Wednesday, November 3, 2010

MASIH BELUM BERSEDIA?



Jatuh dan bangun .sedar dan mimpi itu adatlah kawan.perlu kau biasa-biasakan,

Eh mimpi semalam masih lagi enak dan lekat nampaknya?,

Berdiri atau bangun duduk atau baring ia tetap datang,

tak percaya?MUDAH! biarkan saja kau lihat kenyataan itu hadir menamparmu

sirna atau tinggikah engkau?pada mata siapa?nilai siapa?

Tuhan?

Manusia?

Harta?

Fesyen?

Skill gerekmu?

Kawan, hidup ini keletihan kata As-Syafie namun keletihan mana yang kau rasakan?

berusaha menanggung mujahadah ?

Atau nafsu serakah tak berpenghujung?

Satu hujungnya nikmat yang kedua hujungnya?hanya celaka kawanku hanya celaka

Apa?sudah habiskah bebelan?coretan sudah tamat?

Tidak kawanku tidak sama ada kau sedia atau tidak

Ia akan datang

aku memperingatimu dengan kasih dan  moganya juga dengan iman

percubaan pertama

assalamualaikum ,salam sejahtera

BLOG,
mungkin satu trend atau kebiasaan (boleh saja aku katakan kegilaan baru?)
tak banyak yang ingin aku coretkan dalam 'hasil' yang pertama ini aku melihatnya lebih sekadar satu percubaan ,satu medium yang ingin aku selusuri .

TAJUK
fikir-coret mudah rasanya maksud disebalik tajuk blog ni.Sejelasnya aku hanya cuba berfikir dan meluah serta mencoret apa yang terlintas sebagai nasihat dan pembaikan kepada diri terutamanya

BAHASA
Luas,itu yang aku pilih ,mungkin saja kadangkala sempoi,serius,gila,sastera aku tidak terhad pada satu budaya bahasa ,yang penting adalah PEMIKIRAN aku disampaikan buat sekadar satu muhasabah atau tambahan boleh juga jika ingin mengutuk .

...................................


cuma berharap dapat aku menyumbang ,dapat aku menyelusuri diri insyallah aku cuba


SATU PERCUBAAN.................................