*entri ini menggunakan kata ganti diri saya agar nampak lebih matang*
Alhamduillah Isnin yang lepas saya sempat meluangkan masa untuk menonton telemovie Dakwah Muharam
garapan sutradara Erma Fatima ,banyak polemik dan isu yang dimainkan dan saya kira ianya satu wacana yang berjaya membuatkan kita berfikir.Antara isu yang diketengahkan :-
1.fleksibiliti dakwah: Sulaiman lulusan dakwah usuluddin dari Universiti Al-Azhar menyertai kegiatan muzik adiknya Rizwan atas nama dakwah,(secara ringkas muzik merupakan sesuatu yang mubah atau harus dari pandangan Dr Yusuf Al Qaradawi dan disokong oleh Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Al-Mufassal mengikut syarat dan keadaannya ) namun apa yang menjadi kekurangan disini adalah lagu yang disampaikan 'Ustaz Ismail' kurang sesuai dengan norma2 Islam menjadikan keadaan itu seolah canggung dan tak kena tempat?perincian seperti ini penting dalam karya-karya dakwah
2.Presepsi:"Apa ada pada imej?" kata Sulaiman
"Jubah itu hanya pakaian apa yang lebih utama yang didalam hati" dialog haji Darus bersama isterinya.Ianya satu kenyataan yang cukup jelas dan kuat
menyatakan kepentingan dakwah mengatasi presepi bukan nama yang dicari tapi redhanya menjadi matlamat.Namun apa yang membuatkan saya sedikit kecewa adalah kata Ustaz Sulaiman "dakwah bukannya dengan hukum sahaja" prinsip matlamat tak menghalalkan cara adalah cukup jelas dalam Islam biarlah fleksibel dalam kerangka Islam sahaja, dalam ijtihad dan nas.
3.Karenah Birokrasi:Islam datang dengan metodologi yang mudah ,berkesan dan sesuai dengan tabiat manusia kanun2 wadhe'i kadangkala menyukarkan keadaan ,namun saya juga setuju dengan pandangan Syuhada lakonan Faoziah ghous ,kita perlu memahami permasalahan birokrasi itu sendiri,sebab dan persoalan perlunya birokrasi bukan mengkritik melulu.
4.Politik:Islam mempunyai segmen dan tatacara siasahnya yang tersendiri justeru saya sangat setuju dengan kata-kata Ustaz Sulaiman Islam tak perlu dipolitikkan (baca: menjadi alat politik) dalam apa cara ,oleh sesiapa sekalipun ,jangan salah faham saya tidak mengatakan soal siasah tiada dalam Islam .
Walaupun disana ada beberapa kelemahan didalam dialog dan scene yang tidak kena tempatnya namun secara keseluruhannya karya sutradara Erma Fatima ini patut dipuji dalam usahanya mengetengahkan genre dakwah dan Islam.Saya berharap dalam masa yang mendatang karya-karya seperti ini terus diperhebat dan diperkemas agar dakwah dan Islam tidak lagi menjadi satu yang lekeh .
Assalamualaikum........................................
P/s:-Nak jadi Insan yang baru